Sunday, 18 November 2012

Pillihan Tepat Memilih ADAM

Assalamualaikum WBT..

 Entry kali ni cuma nk ingatkan diri sendiri tentang sesuatu. Iaitu pemilihan Adam buat diri dan untuk melupakan peristiwa lepas. Tipulah kalau sy tk pernah punya cinta pertama kan. 

Cinta pertama tu berlaku ms sy berumur 17 tahun. Dan kisah itu berakhir  dengan adenya org ketiga tanpa sy sangka2. Memang sakit mulanya lebih2 bila dpt tahu org itu sanggup buat ape saja untuk dptkan lelaki tu sampai sy disisihkan di sekolah. Dan apa yg lebih teruk result SPM sy erm.. agaklah jatuh. Kesian tgk harapan ma abah time tuh. Mengharapkan sy tp sy jadi gini. Astagfirullah-al-azim. Benarlah kata org demi cinta manusia itu sanggup melakukan apa sahaja. Walau bagaimanapun tgk mereka bahagia skrg sy kira bersyukur walaupun smpai skrg masih ade rs cemburu. 


Secara jujur sy tidak pernah bercinta. Jadi ilmu tentang itu tkde. Cumanya pernah becinta untuk pertama kalinya ketika sy berusia 19 tahun. Waktu itu sy masih belajar di UiTM. Sy terimannya salah satu sbb adalah untuk melupakan yg cinta pertama sy itu. Perit rasanya kalau asyik teringat akan lelaki yg dah jadi milik org lain. 


Bilamana usia sudah meningkat tp tklah tua ye sy ni Cik 3V. Sy terfikir suatu perkara. Lebih baik mencari cinta yg hakiki dan abadi drpd memiliki cinta sementara. Jujur, sebagai seorang wanita yg bergelar Islam sy hanya menginginkan seorang Adam yg bakal memimpin sy ke jalan menemui ALLAH, ke jalan syurga. Yg benar2 dpt menerima baik buruk sy, dan dpt menerima keluarga sy. Tanpa pimpinan yg baik, sy tidak tahu ke mana arah tuju sy. adakah sy diterima Allah ataupun tidak. Tapi dengan adanya pimpinan seorang lelaki yg bergelar suami kelak, cukuplah dgn memberitahu sy halal haram tentang agama dan mjadikan sy isteri solehah. Cinta kalau berdasarkan rupa dan harta tak kemana. Cinta hendaklah ikhlas dr hati kerana ikhlaslah dpt menerima buruk baik seseorang itu. Dan dgn menerima keluarga sy tu insyaAllah bahagia itu akan berkekalan dgn izin Allah.





Duhai hati, Andai kata jodoh itu tiada, usah risau kerana Allah akan memartabakan seorang wanita. Janganlah bersedih kerana wanita juga mampu hidup seorang diri. Dan sentiasalah berada di jalan Allah. kuatkan diri utuk terus menyembahNYA dan menerima segala dugaanNYA kerana ingatlah selagi berada di dunia selagi itu ujian akan tetap ditempuhi untuk menilai sejauh mana tahap keimanan kita. 




Saturday, 17 November 2012

The Day I Found

Assalamualaikum wbt..

Tk ade apa yg nk sy coretkan kat Cik 3V(VanillaVelvetVow). Hati sy tpanggil untuk menulis di sini sbb sy seorang yg suka memendam sesuatu perkara selepas suatu saat. Selepas perkara tu semua bnda yg jadi dlm hidup sy tk kisahlah sama ade gembira, sedih, pahit, manis, masin, tawar dan sewaktu dgnnya, sy tanggung sndiri. Mmg rs beban. Kdg2 hampir nk mrh semua org tp alhamdulillah 2 ,3 org je yg terkene sipi2 :3.

Tgk je hamparan Cik 3V ni kosong je. Nk gadget jam laptop dah ade. Nk tmbh lagu boleh dgr kat winamp dlm laptop ni je. Jd sng2 biakan simple aslkan dpt luah ape yg ade dlm hati ni. 

Straight to the point, kebelakangan ni hati asyik tk tenteram je. Mcm2 care buat. Tapi biasa je rs. Peristiwa lepas masih lgik teringat2. Kdg2 rs benci, ldg2 rs sedih, kdg2 rs serba slh dlm diri. Kesian kat diri ni sbb hukum diri sndiri. Da hampir 4tahun perkara ni jadi tp msih tk dpt fully lupa. InsyaAllah suatu hari nanti Allah akan kurangkan segala beban yg ade. Amin..