Friday, 14 December 2012

Wed's Snap.

Assalamualaikum WBT. Another memories with them :)
Tq for the great memories :) 




Ni time bufday kak wani :) 







  Ni ms mlm dinner BBQ kami :)







Tq Kak Su :)








Muka kemarahan Syawal yg tlampau lama senyum tp gmb tk amk2.. hdeheh 









With class mate. Dinner yg simple :)







With My sister 







Ni Ms wedding abg long a.k.a ashraf. Time ni jadi pengapitnya. Baju kuning tu sponsor ya :) TQ








Ni dgn pengapit laki. Adham



So ni je yg dpt update untuk hari ni. Saja buat kenangan kat Blog mane tau tbe2 laptop kene virus habis gamba :)

Salam dari saya JANNATUL AISYA
Assalamualaikum wbt

Saturday, 8 December 2012

N- Cinta Dari Allah Part 4


Aku melihat buku AKU TERIMA NIKAHNYA. Hanya tinggal 1 bab sahaja lagi yg perlu aku habiskan. Memang tebal. Sudahlah aku tak minat membaca. Tapi disebabkan isinya menarik perhatian, jadi setiap hari aku akan pastikan aku akan baca 1 atau 3 bab jika tiada apa2 halangan. 1 bab sahaja lagi tapi kenapalah aku malas sangat nak habiskan ni. 

Aku menunaikan solat sunat kemudian aku meneruskan bacaan quran. Setelah itu, aku menggapai buku motivasi tersebut. Aku menghabiskan bacaan buku motivasi itu. Aku hanya tersenyum. Berharapkah? Entahlah. Berharap pada siapa pun aku tidak tahu. Masih ada ke kaum Adam yg boleh menerimaku? Aku bukanlah sempurna seperti wanita lain. Aku hanya insan biasa. Aku tidak pernah berharap punya seseorang yg istimewa kerana mungkin pintu hatiku sudah tertutup. Tapi kalau ALLAH SWT ingin menyempurnakan hidupku dengan hadirnya IMAM yang membantu perjalananku di atas muka bumi ini, in syaa ALLAH hati ini akan menyambutnya dengan ikhlas. 

Aku begerak untuk pulang ke rumah setelah menghuni seketika di dalam masjid Putrajaya. Pada waktu petang begini ramai mannusia yang memenuhi Putrajaya. Maklumlah tempat ini merupakan salah satu tempat yg sesuai untuk beriadah dan juga cantik.

"Assalamualaikum wbt." Tegur seseorang dr tepi.

"Waalaikum..." Terkejut aku kerana disapa oleh seorang lelaki. Lelaki ni bukan ke yang bagi buku motivasi tu? nampak lain maklumlah tak berkaca mata pula.

"Jawab salam biarlah habis baru dpt pahala penuh." Aku tersengih. Malu.

"Waalaikumussalam wbt."

"Awk buat apa kat sini?" Soal lelaki yg berada di hadapanku.

"Saya ukur beapa keluasan masjid ni. Sy jalan2 lah. Awk?"

"Saya bawa famili saya jalan2 kat sini." Aku menggangguk. Aku menoleh ke kiri dan kenan melihat keluarganya. Tiada pun. 

"Sorang?" Soal lelaki itu.

"Alhamdulillah tak ramai rombongan yang sy bawak. Hanya sorang diri. Tapi tak tahulah kalau mata kasar awk boleh nampak ramai pengikut saya. Hehe." Gurauku. Lelaki di hadapankku hanya tersengih menampakkan giginya yg putih bersih. Mesti guna kayu sugi ni, jenama Colgate kot? Eh2, org mcm die ni mesti guna Islamik sikit. Muk'min? Tapi Muk'min ade ke kayu sugi? Erm, perlu buat market survey. Eh, apelah yang aku fikir ni.

"Papa!" Laung seorang budak perempuan yang berlari2 mendapatkan lelaki yang berada di hadapanku. Terkesima aku. 

Papa? Allah, muka punya suci murni  bagai seorang teruna tapi dah kawin? Anaknya comel. Putih bersih. Rambutnya pula perang. Wah, ni mesti kes kawin dengan perempuan mat salleh. Budak perempuan itu ditemani oleh seorang wanita yang dah berumur, Maknya kot? Agak alim. Tudung labuh bukan kemain. Kalah tudung aku yg hanya sekadar tutup mana yg perlu.

"Ye, Balqis. Papa hilang sikit dah cari. Rindu ya?" Lelaki itu mendukung kanak2 yg dipanggil Balqis. Aku bersalaman dengan wanita yg berada di hadapanku. 

"Ni mak sy. Dan ni Balqis. Comel kan?"Aku mengangguk.

"Comel. Muka ada iras awk. Berapa umur?" Soalku.

"4 tahun. Mak yang ni, erm.. nama awk?" 

"Nur Idira Binti Muhd Azzam."

"Dah lama kenal dengan Afham? Maklumlah dia ni tak berkawan dengan perempuan,." Mana nak berkawan kalau dah status suami orang makcik uit. Desis hatiku. 

"Sy tak pernah kenal dia. Pernah sekali je jumpa dia.Tu pun dia yang tegur saya. Saya pun pelik. Lagi pelik tiba2 dia bagi sy buku motivasi. Sy ni kurang bermotivasi ke Afham?" Sindirku. Mentang2 dulu aku terjumpa dengan orang yg pernah aku cinta dan kawanku di mana mereka hampir menamatkan zaman bujang, kau pulak bagi aku buku motivasi tu. 

"Jangan salah anggap tentang tu. Fahamkan betul2 buku tu. Ada makna saya bagi buku tu. Ingat Allah telah memilih awak tuk terima ujian. Walau apa pun ujian yang awk terima tu, yakinlah ade hikmahnya. Allah mahu menjodohkan awk dengan insan yg sempurna buat awk. Beruntunglah kerana sekarang awk ni tak punya sesiapa yang istimewa. Jadi dapatlah awk jauhi zina. Ingat dengan zina mata, mulut, telinga dan hati mampu membinasakan seseorang manusia andai sudah berada di tahap yang parah. Bersyukurlah yang Allah memberikan awk ruang utk bersujud padaNYA, dan mendekatkan diri padaNYA." Kenapa bila Afham ni bercakap akan ade maksud yang tersendiri? Selalu buat aku tak fhm.

"Papa, Qis nak mam." Baguslah anak kau tu dah lapar. Taklah aku makin pening dengan hujah kau.

"Ya. Lepas ni kita makan ya. Mak bawa Balqis dalam kereta dulu." Setelah bersalama,  mak Afham dan Balqis berlalu.

"NI untuk awk.." Ada lagi? Wah, banyak betul buku ilmu laki ni. Untung bini kau dpt kau. Teringin nak tgk mukanya. Mesti berpurdah.

"Tapi saya dah ada." Ujarku untuk menolah pelawaan Afham yang memberikan Surah Al-Mathurat. 

"Tak salah kalau saya bagi awk. Awk boleh bawak surah ni kemana2. Dengan itu hati awk lebih tenang. InsyaALLAH kita akan bertemu lagi akan datang. Jangan dipulang buku Aku Terima Nikahnya. Kerana kisah kita belum sampai di pengakhiran lagi. DIA masih mengaturkan perjalanan buat hambaNYA. Assalamualaikum wbt."

"Waalaikumussalam wbt." Pelik. Kenapa aku rasa lain macam ni. Bukanlah aku sayang dia tapi kenapa aku rasa mcm entahlah. Sukar menafsirkan apa yang terbuku di hati ni.

Chocolate Time vs SAMSUNG GALAXY NOTE



 Assalamualaikum wbt

 Alhamdulillah, benda yg mengidam mmg tercapai nk makan. Hehe :) Apa yg sy mengidam ye? Sy ni mmg gilakan M&M Peanut. Nak dijadikan cerita hari tu g lah beli tp semuanya mahal2. So, i have decided to replace with NIPS PEANUT. So the result is, I'm not satisfied with the rasa. Heheh Bukanlah demand tinggi tp seriusly tk sedap mana.

Sy suka sgt2 KISSES ALMOND. Akk kat umah ni kawannya g langkawi so sy suruhlah die beli sepaket yg besar. NYUMMY. But now my sis in Senawang told me that i have to reduce sugar to maintain kesihatan. But suddenly jeng3.. akk kat bilik sy ni bg mkn Ferero Rosher yg limited edition wane hitam. Pergh3 bagai org mengantuk yg disorongkan bantal, sy pun ape lg. Tk penah mkn so CER LAH RASA. YUMMY!! Sedap deh. But i have to hold M&M and KISSES ALMOND first.





Ade lg sy nk update ni. Haa, aritu kitaorg ade presentation psl Sweet Potato for Horticulture subject. So we have to main masak2 lah. Jadi kami pun buat lah sweet potato goreng yg rangup2. Alhamdulillah semuanya dah berhasil :) TQ ALLAH 



Okay, hari ni sy berada di SINTOK UUM. Tujuannya ade forum tentang WANITA DAN POLITIK anjuran SW1M. Presiden bg SW1M ni adalah Sharifah Zoharaa. So She did give all the information about politics and whatsoever.


G majlis tu dptlah pengetahui tentang SONIA GANDHI dimana rakyat INDIA masa tu push beliau tuk jd PM after her husband died. But unfortunately she decided  tolak jd PM. WHY?? Sbb nk protect 2 org anknya di mana hanya itu sahaja darah daging atau keturunan GANDHI. At first ramai yg tknk tau sbbnya die warga negara lua. But then she have to returned the passport and became warganegara INDIA.

And then adelah byk lagi tokoh2 perempuan including perempuan yg cuba untuk memesong agama tu. Apetah namenya.

At the end of this event, ade 10 lucky draw SAMSUNG GALAXY NOTE. Okay, iwas hoping that im the one yg bertuah tu. Tapi malangnya, sy mmg tk pnah bpeluang untk cabutan bertuah ni. Tp tkpelah semuanya dah tersurat.*ayat org redha*.. Hehehe..

Salam dari saya,
Jannatul Aisya

Tuesday, 4 December 2012

N-Cinta Dari Allah Part 3

"Dira? Dira kan?" Soal seorang lelaki dari tepi. Lamunanku terhenti seketika saat aku membelek buku. Aku menoleh melihat suara yang menegurku. Macam pernah ku kenal. Oh, Adam ke? Ni lah pertama kali aku melihat dia. Boleh tahan juga. Sesuai dengan kawanku, Ain. Selepas hampir 7 tahun peristiwa itu berlalu kini kembali lagi. Allah menemukan kerana ianya telah tersurat.

"Ya, saya. Awk ni, Adam ke?" Soalku ingin mendapat kepastian. Maklumlah manalah tahu yang aku tegur tu Tuan Mukhriz. Muka mereka kan seiras. Walaupun dulu aku telah meluahkan perasaanku pada Tuan Mukhriz tapi nampaknya aku salah. Itu bukan cinta. Tapi sekadar kenangan. Lelaki di hadapanku sekadar tersenyum dan mengangguk.

"Mana Ain? Lama tak jumpa dia?" Aku memandang sekekeling cuba untuk mencari kawanku.

"Dia ke tandas. So, awk apa khabar? Selalunya sy dengar cerita dr Ain je. Macam2 dia bercerita tentang awk. Walaupun korang dah tak mcm dulu lagi tapi dia tu selalu risaukan awk." Aku sekadar senyum. Nama pun pernah berkawan baik. Perasaan sayang sebagai kawan masih ada walaupun masing2 telah membawa haluan hidup.

"Alhamdulillah. Ain dengan awk mcm mana?" Soalku.

"Alhamdulillah. Syukur pada Allah walau banyak dugaan kami, tapi dengan izin Allah kami dapat harunginya." Aku sekadar menggangguk. Kekok kerana tidak pernah bersua muka.  Tidak lama kemudian Ain muncul. Dia menghadiahkan senyuman buatku. Manis sekali. Memang cantik. Tak rugi Adam memilih kawanku ini.

"Assalamualaikum Dira. Sihat ke? Lama tak jumpa. Aku rindu sangat kat kau." Kami bersalaman. 

"Alhmdulillah sihat. Aku pun rindu jugak kat semua kawan2 aku. Makin cantik ya. Patutlah si Adam gila kat kau." Aku ketawa. Sekadar berbasi2 untuk hilangkan rasa kekok.

" Err, Aku tahu kau fikir aku macam2. Tapi seriusly, aku pun takut jugak nk bgtahu. Aku tak pernah terniat nak buat kat kau mcm tuh. Aku minta maaf." Luah Ain.

"Aku pun salah jugak. Dalam hal ni bukan kau sorang je. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang jadi. Alhamdulillah lepas benda ni jadi, aku ni pendiam sikit. Tak adalah nak kecoh2 mcm dulu kan kalau tak, buat malu je. Dahlah suka ckp kuat2. Kepohlah. Tapi alhamdullilah semua ni kehidupan. Aku tk pernah marah kau ataupun Adam. Aku selalu marah diri aku sendiri. Aku selama ni cuma menunggu penjelasan. Mungkin ada bernda tak perlu aku tahu. Aku ni orang yg konservatif. Tapi lama-kelamaan tu,aku dah lupakan. Cumanya aku selalu beringat. Bukan beringat apa, beringat yg aku tak nk jatuh cinta lagi. Maklumlah aku nk terus kawin je sebab gatal. Hahaha." Gelakku.

 Kalau dulu aku menunggu penjelasan dr kedua2 belah pihak tapi kini tidak lagi. Aku lebih suka buat hal sendiri. berfikir tentang masa depan. Merancang masa depanku sehinggakan terlupa luka yang pernah singgah di hati. Kadang2 terfikir adakah kawan aku ni sihat? Bahagia? Macam mana hidupnya dengan kawan2nya? Memang aku akan terfikir, kerana selepas dia, aku tidak pernah punya mana2 kawan baik. Aku sekadar berkawan dengan semua orang. Sayang pada kawan baik tak pernah luput walau aku sudah berubah tk kiralah dari segi perangaiku.

"Aku tak tahu nak ckp apa lagi. Tapi aku selalu harap kau bahagia. Aku tak pernah lupa kau. Aku selalu ingat kau. Aku harap sangat kita akn jd mcm dulu." 

"Aku bahagialah dengan kehidupan aku. Aku ada famili, cumanya ehem2 belum ada lagik. Maklumlah Ashraf Muslim dah kawin. Hehehe." Selorohku.

"Kau ni sama je mcm dulu." Sengih Ain.

Adam menghulurkan kad buatku .Aku melihat kad itu. Aku tersenyum. Alhamdulillah. Aku tumpang gembira. Setelah 7 tahun ikatan itu tidak sia2. Terima kasih Ya ALLAH. Mereka saling melengkapi. Tujuan aku hadir dlm perhubungan itu hanya untuk melengkapkan lagi diri mereka. Aku memeluk kawan baikku. Sebelum pulang kami saling bertukar nombor telefon.

Aku masuk semula ke dalam kedai buku. Tiba2 ade seseorang menghulurkan sesuatu. Buku yang agak tebal bertajuk Aku Terima Nikahnya. Aku memandang orang yang memberinya. Lelaki itu menghadiahkan senyuman.

"Assalamualaikum. Amiklah buku ni. Saya hadiahkan buat awk. Mungkin ianya berguna untuk awk. InsyaALLAH, janji Allah itu pasti." Siapa pulak laki ni? Tak kenal pun aku. Dia berkaca mata, bejanggut nipis, berkulit sawo matang. Ada tahi lalat di tepi bibirnya. Mesti manis mulut lelaki ni.

"Untuk apa? Saya tak kenal awk?" Soalku.

"Kadang-kala untuk menghadiahkan sesuatu barang tu tak perlukan perkenalan. Kita tidak pernah kenal rupa ALLAH, kita hanya tahu bahawasanya ALLAH mempunyai sifat yang mulia tapi DIA selalu menghadiahkan kita bermacam2 contohnya oksigen supaya kita dpt bernafas. DIA menghadiahkan keluarga yg bahagia supaya kita tahu erti kasih sayang. DIA juga menghadiahkan hati supaya dengan hati itu perasaan cinta akan wujud bagi mendekatkan diri kepadaNYA." Kata2nya membuatkan aku terdiam seketika. Dengan lafaz bismillah aku menyahut huluran bukunya. 

"Terima kasih. Saya balik dulu. InsyaALLAH pasti bertemu andai jodoh itu sudah ditetapkan. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam wbt." 



Monday, 3 December 2012

N- Cinta Dari Allah Part 2,





"Tuan Mukhriz tu macho gila. Cair hati aku weh. Ya Allah tak pernah aku jumpa orang sekacak dia". Puji kawan kelasku.

Macho? Huh, macholah sangat. Poyo adalah aku tgk. Dahlah gaya mcm orang berlagak ada jawatn tinggi. Konon! Ada jugak manusia yg Allah jadikan gitu ek? Kacak tu? Erm, mungkinlah kot. Sbbnya muka die persis Adam. Apa agknya khabar Adam? Sudah 2tahun berlalu. Kali terakhir aku tengok profile die kat FB. Dia bergambar mesra dengan kawan baikku. Erm, mereka bahagia.

"Alamak Dira, kredit aku dah habis. Aku kene inform Tuan Mukhriz yg pasal lawatan kita tu kat dia. Dia nak tahu. Boleh kau tolong mesej dia? Aku nk kuar. please ye. Aku bg nombor dia kat kau ye?" Sengih Arifah. 

Huh? Aku? Mesej Si Mamalia tu? Apa hal pulak? Tak ada keje ape? Dahlah aku anti laki. anti Mamalia. Nak suruh aku pulak. Gila. Satu kelas tahu aku ni anti laki. Hai gasak aku. tulah kdg2 ganas sangat. Terpaksa aku mengiakan.

Mesej dengan si Mamalia ni banyak tanya betul. Cukuplah sekadar aku berterus terang berapa orang yg pergi lawatan tu, berapa kosnya, kat mana kami menginap dan aktiviti nya dlm satu mesej. Boleh pulak die tanye aku ni sapa. Konon tk nak bg fail yg aku mintak klu aku tk bgtahu siapa aku. Perlu ke?? Hampeh, Kenelah kenalkan diri aku jugak. Pulak, nak bg fail tu sekarang? Gila. Dahlah si Arifah tkda. akulah kene datang.

Aku menunggu Mamalia di depan kedai buku. Manalah dia tak datang2. Janji lg 5 minit. dasar janji Melayu yang tak boleh pakai. Kalau dah mamalia tu, tak kemana jugak. Bunyi motor membuatkan aku berhenti mengumpat. Kelihatan dia dengan topinya. Konon, macholah tu. Huh!

" Maaflah, abang td dengan kawan abg gi makan. Maaflah ya. Abang bukan sengaja nak lambat pun. Dah lama ke kamu tunggu ni?" Serba salah terpamer di wajah Tuan Mukhriz.

"Eh2, takpe. sy pun baru je sampai TUAN MUKHRIZ. Adalah dalam 15 minit. Ala, kejap je. Kalau buang air besar tu dah siap basuh pun." Perliku dalam nada yang serius.

" Eh2, kamu perli abang ke? Maaflah. Abang tak tahu nak buat ape. Oh ye fail tu ni ha. kenapa abg tk pernah perasan kamu ye?

"Mana nak nampak klu dah ramai junior. Lagipun Tuan kan diminati ramai. maklumlah orang handsome. Sampaikan lelaki sendiri jeles tau."

" Yeker ? Abg handsome ke? Abg biasa je. Ada lagi handsome. Cuma mungkin ade sekikit macho mcm org selalu cakap kat abang. Tapi, bukankah semua ciptaan Allah tu indah. Kamu pun ada keistimewaan yang tak ternampak dek orang tp akan terserlah bagi sesiapa yang menelitinya." Senyumannya membuatkan hati aku gila. Menggila mcm puting beliung. Tak boleh jadi ni.

Dengan pantas aku meminta berlalu untuk pulang. Makin lama aku kat sini makin kuat skala ritcher gempa bumi. Entah macam mana tersilap langkah aku. Jalan macam itik.  Sebaik sahaja aku berpusing, aku terlanggar dinding.  Suasana sepi seketika. 

" Err... Kamu okay tak?"

" Tak, saya okay je. Ala benda kecik ni. Dinding ni lembut sebenarnya ya, kalau kita hayati. Hehehe.. Jangan risau dah biasa dengan dinding ni. Kami memang kawan baik dr kecik lagi. " Aku terus berlari2 sambil memegang kepala. Sakitnya hanya ALLAH yang tahu.  Malunya tak terkata.

Selepas beberapa bulan, jujur aku memang tidak betul. Hubungan kami mmg rapat. Tapi taklah rapat mana. Macam vanila dengan kon? Erm, jadi apa kena mengena kat situ??? Cuma dia selalu tanye sama ada aku okey ke tak belajar sini. Tapi perubahan sikap aku ni memang hebat sampaikan kawan aku pun perasan. Nak tak nak terpaksalah aku bgtau apa yang berkeladak kt dlm hati aku. 

" Dira, seriusly, kau kene luah. Kau nak benda dulu jadi lg ke? Dulu kau tk fully ckp kat Adam psl perasaan kau kan. Kali ni tlglah buat. Sebab aku tknk tgk kau sedih2 lagi. Sampai nk kene pangkah lelaki. Tolonglah. Jangan risau apa jawapan dia. Yang penting, just luahkan so kau tenang." Nasihat kawanku Linda. Mungkin betul jugak kot.

Assalamualaikum wbt. Abg sy cuma nk bgathu satu benda je. Saya tak minta apa2 pun feedback dr abg. Sy just nk tenangkan hati sy. Saya sygkan abang lebih dr seorang abang. Sy tak tahu mcm mana boleh jadi mcm ni. Sy tak suka abg pun mula2 tu tp seriusly perasaan gila tu datang. Sy dah cuba untuk tepis2 tapi dia datang lagi. Bila saya lari dia mcm halimunan datang. Sy tk minta abg balas balik sy cuma nk luah je. Jangan ckp ape2. Sy tak mintak. Sy cuma nk kelegaannya. Abg tu ramai yg minat. So I'm pretty sure ade ramai lagi yg abg suka. Sy bgtahu perasaan ni sbb sy taknk perkaa kedua jadi balik. Dan apa yg pling penting, semoga dengan apa yg sy luah lepas ni sy akan lepaskan segala2nya dan tenang. Jangan bgtahu sape2. Padam mesej ni tau. Hahaha.. Alhamdulillah aku lega. SEND. 

Lega hatiku. Wah.. Benar kata Linda hati aku akan lega. Tak lama kemudian mesej masuk.

Walaikumussalam wbt. Jujur ke? Erm, abg tak tahu nak ckp ape. Cumanya, abg sayang kamu jugak. Tapi biarlah kita gini ya. Biarlah Allah yg tetapkan hubungan kita. Biarlah Allah yg rancang perjalanan kita. Andai benar kamu untuk abang, insyaAllah abang akan datang cari kamu. Andai tak terima dengan redha. Terima kasih sbb luahkan perasaan tu dekat abang. Biarlah kita berjaya dulu. 

Aku tersenyum melihat mesej itu. Aku tak minta kita dijodohkan bersama sbb aku tahu, kau lelaki yang soleh. Kau bukan untuk aku. Kau layak dengan seorang wanita yang bergelar solehah. Moga kau menemui cinta itu. Aku sentiasa mendoakan kau sepertimana aku pernah mendoakan Adam suatu ketika dulu yang akhirnya jadi milik Ain.

Cinta itu bukan milikku. Ya Allah, tetapkan cintaMU buat diriku. Bimbinglah aku ke arh menemui cintaMU yang Allah. Cinta drMU terlampau suci dan agung. Cukuplah hanya cintaMU yang ingin ku dambakan. Kerana ku tahu hanya cinta kau yang berkekalan. Aku tanpa cintaMu akan lemah. InsyaAllah, cinta itu pasti hadir jika masanya sudah tiba.

Salam dr saya, Jannatul Aisya.

Sunday, 2 December 2012

Presentation Sweet Potato

Assalamualaikum WBT.


Okay, Okay, Okay... Sekarang pukul 10.56 am, tepat kol 3 ptg ni akan ade satu presentation SWEETPOTATO.. Risau sangat ni. Sebabnya :

1- Sy seorang yg suka ckp melalut a.k.a loqlaq.
 Kawan2 saya mmg suka sakat n sy bg lagi blank. Contohnya sy ni suka ckp sesuatu yg lari dr topik.. Haa cm ne tuh kan? Pokoknya mmg melalut. Mcm dulu, sy nk suruh sorg kawan sy fotokopi buku ekonomi. Depan buku tu ade gmb telur. Nak dijadikan cerita. Saya ckp kat dia..

" Awk tolong fotostat guna telur awk.. Eh, silap2.."

"Telur sy? Jawab kawan kelas sy tu. Muka dia dah pelik gila tau. Dahlah dia ni alim. Bila die pelik sy lg cuak then sy punye ayat lagilah kuar pelik2.

"Eh, salah. tolong fotostat telur buku. Eh bukan2.. bukur telur. " Kawan2 sy yg perempuan sedia mmg tahu perangai sy mmg dah gelak sakan lah kat sy ni. Malu tau tak.

Ada lgilah byk kes tau. Sy mmg selalu disakat lah. Kdg2 ade jugak yg tanye soalan kat drg then drg tanye balik sy. Ms tu sy lagi buat muka berfikir..

Okay, pukul 1.30 lepas ni sy dgn kwn akn g masak fries keledek. InsyaALLAH semuanya akan dipermudahkan Allah. Amin.

Salam dr sy, Jannatul Aisya
Assalamualaikum wbt

Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum WBT..

Baru je lepas habis tgk movie Istanbul Aku Datang kat YOUTUBE jelah. Dok kat "Paris" ni mane ade cerita tu.. Hehehe.. Ingatkan nk jugaklah tunggu cerita Breaking Dawn part 2 tapi sabar jelah. Mane leh tgk. So tunggu untuk download.

Honestly lepas tgk cerita ni hati terasa sangat mcm..erm.. ape nk ckp ye.. Mmg terasalah jugak. Bagaimana sakitnya hati bilamana orang yg kita sayang tu memperbodohkan kita dengan adenya orang lain. Tapi dlm cerita ni okaylah lagi sbbnya, Tomok masih lagi cintakan Lisa n nak jadikan sebagai isteri. Tapi mcm mana kalau orang yg kita sayang tu tak pernah ucap kata maaf bilamana dia dah ade org lain? Tiada penjelasan yg dia bg sedangkan kita berharap dr dia? Bukanlah perasaan cinta tu ade lg tapi sebenarnya masih menanti penjelasan dan kata maaf. Kerana cinta untuk seorang lelaki itu tak wujud. Akan ada tp hanya untuk seorang lelaki yg bergelar suami. Sebab couple itu tak berkekalan pun. Biarlah kita menunggu jodoh tu dr ALLAH SWT kan. Allah akan menemukan seseorang yg lagi baik.

Andai kata tak ada? Tak kisah punlah. sebab matlamat hidup sy ni ada satu je. Nak belajar nk dapatkan pekerjaan untuk bawa MA n ABAH gi MEKAH bersama2. AMIN. Ya ALLAH permmudahlah segala2nya untukku. Yg itu lebih baik dr menunggu cinta dr seorang lelaki. Lagipun mcmlah dia dpt terima segala kekurangan yg ada pd diri. Jujur, susah untuk jumpa pasangan tak kiralah sama ada perempuan atau lelaki yg boleh menerima kekurangan pasangannya andai kata die pernah melihat seseorang itu dlm keadaan yg perfect mungkin. Erm, jd lebih baik cube menjadi perfect di mata keluarga dan plg penting pd ALLAH SWT. Kerana DIALAH yg judge kita. Bukan org sekeliling kita .

Salam dr saya, Jannatul Aisya. 
Assalamualaikum wbt.