Tuesday, 4 December 2012

N-Cinta Dari Allah Part 3

"Dira? Dira kan?" Soal seorang lelaki dari tepi. Lamunanku terhenti seketika saat aku membelek buku. Aku menoleh melihat suara yang menegurku. Macam pernah ku kenal. Oh, Adam ke? Ni lah pertama kali aku melihat dia. Boleh tahan juga. Sesuai dengan kawanku, Ain. Selepas hampir 7 tahun peristiwa itu berlalu kini kembali lagi. Allah menemukan kerana ianya telah tersurat.

"Ya, saya. Awk ni, Adam ke?" Soalku ingin mendapat kepastian. Maklumlah manalah tahu yang aku tegur tu Tuan Mukhriz. Muka mereka kan seiras. Walaupun dulu aku telah meluahkan perasaanku pada Tuan Mukhriz tapi nampaknya aku salah. Itu bukan cinta. Tapi sekadar kenangan. Lelaki di hadapanku sekadar tersenyum dan mengangguk.

"Mana Ain? Lama tak jumpa dia?" Aku memandang sekekeling cuba untuk mencari kawanku.

"Dia ke tandas. So, awk apa khabar? Selalunya sy dengar cerita dr Ain je. Macam2 dia bercerita tentang awk. Walaupun korang dah tak mcm dulu lagi tapi dia tu selalu risaukan awk." Aku sekadar senyum. Nama pun pernah berkawan baik. Perasaan sayang sebagai kawan masih ada walaupun masing2 telah membawa haluan hidup.

"Alhamdulillah. Ain dengan awk mcm mana?" Soalku.

"Alhamdulillah. Syukur pada Allah walau banyak dugaan kami, tapi dengan izin Allah kami dapat harunginya." Aku sekadar menggangguk. Kekok kerana tidak pernah bersua muka.  Tidak lama kemudian Ain muncul. Dia menghadiahkan senyuman buatku. Manis sekali. Memang cantik. Tak rugi Adam memilih kawanku ini.

"Assalamualaikum Dira. Sihat ke? Lama tak jumpa. Aku rindu sangat kat kau." Kami bersalaman. 

"Alhmdulillah sihat. Aku pun rindu jugak kat semua kawan2 aku. Makin cantik ya. Patutlah si Adam gila kat kau." Aku ketawa. Sekadar berbasi2 untuk hilangkan rasa kekok.

" Err, Aku tahu kau fikir aku macam2. Tapi seriusly, aku pun takut jugak nk bgtahu. Aku tak pernah terniat nak buat kat kau mcm tuh. Aku minta maaf." Luah Ain.

"Aku pun salah jugak. Dalam hal ni bukan kau sorang je. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang jadi. Alhamdulillah lepas benda ni jadi, aku ni pendiam sikit. Tak adalah nak kecoh2 mcm dulu kan kalau tak, buat malu je. Dahlah suka ckp kuat2. Kepohlah. Tapi alhamdullilah semua ni kehidupan. Aku tk pernah marah kau ataupun Adam. Aku selalu marah diri aku sendiri. Aku selama ni cuma menunggu penjelasan. Mungkin ada bernda tak perlu aku tahu. Aku ni orang yg konservatif. Tapi lama-kelamaan tu,aku dah lupakan. Cumanya aku selalu beringat. Bukan beringat apa, beringat yg aku tak nk jatuh cinta lagi. Maklumlah aku nk terus kawin je sebab gatal. Hahaha." Gelakku.

 Kalau dulu aku menunggu penjelasan dr kedua2 belah pihak tapi kini tidak lagi. Aku lebih suka buat hal sendiri. berfikir tentang masa depan. Merancang masa depanku sehinggakan terlupa luka yang pernah singgah di hati. Kadang2 terfikir adakah kawan aku ni sihat? Bahagia? Macam mana hidupnya dengan kawan2nya? Memang aku akan terfikir, kerana selepas dia, aku tidak pernah punya mana2 kawan baik. Aku sekadar berkawan dengan semua orang. Sayang pada kawan baik tak pernah luput walau aku sudah berubah tk kiralah dari segi perangaiku.

"Aku tak tahu nak ckp apa lagi. Tapi aku selalu harap kau bahagia. Aku tak pernah lupa kau. Aku selalu ingat kau. Aku harap sangat kita akn jd mcm dulu." 

"Aku bahagialah dengan kehidupan aku. Aku ada famili, cumanya ehem2 belum ada lagik. Maklumlah Ashraf Muslim dah kawin. Hehehe." Selorohku.

"Kau ni sama je mcm dulu." Sengih Ain.

Adam menghulurkan kad buatku .Aku melihat kad itu. Aku tersenyum. Alhamdulillah. Aku tumpang gembira. Setelah 7 tahun ikatan itu tidak sia2. Terima kasih Ya ALLAH. Mereka saling melengkapi. Tujuan aku hadir dlm perhubungan itu hanya untuk melengkapkan lagi diri mereka. Aku memeluk kawan baikku. Sebelum pulang kami saling bertukar nombor telefon.

Aku masuk semula ke dalam kedai buku. Tiba2 ade seseorang menghulurkan sesuatu. Buku yang agak tebal bertajuk Aku Terima Nikahnya. Aku memandang orang yang memberinya. Lelaki itu menghadiahkan senyuman.

"Assalamualaikum. Amiklah buku ni. Saya hadiahkan buat awk. Mungkin ianya berguna untuk awk. InsyaALLAH, janji Allah itu pasti." Siapa pulak laki ni? Tak kenal pun aku. Dia berkaca mata, bejanggut nipis, berkulit sawo matang. Ada tahi lalat di tepi bibirnya. Mesti manis mulut lelaki ni.

"Untuk apa? Saya tak kenal awk?" Soalku.

"Kadang-kala untuk menghadiahkan sesuatu barang tu tak perlukan perkenalan. Kita tidak pernah kenal rupa ALLAH, kita hanya tahu bahawasanya ALLAH mempunyai sifat yang mulia tapi DIA selalu menghadiahkan kita bermacam2 contohnya oksigen supaya kita dpt bernafas. DIA menghadiahkan keluarga yg bahagia supaya kita tahu erti kasih sayang. DIA juga menghadiahkan hati supaya dengan hati itu perasaan cinta akan wujud bagi mendekatkan diri kepadaNYA." Kata2nya membuatkan aku terdiam seketika. Dengan lafaz bismillah aku menyahut huluran bukunya. 

"Terima kasih. Saya balik dulu. InsyaALLAH pasti bertemu andai jodoh itu sudah ditetapkan. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam wbt." 



No comments: