Saturday, 8 December 2012

N- Cinta Dari Allah Part 4


Aku melihat buku AKU TERIMA NIKAHNYA. Hanya tinggal 1 bab sahaja lagi yg perlu aku habiskan. Memang tebal. Sudahlah aku tak minat membaca. Tapi disebabkan isinya menarik perhatian, jadi setiap hari aku akan pastikan aku akan baca 1 atau 3 bab jika tiada apa2 halangan. 1 bab sahaja lagi tapi kenapalah aku malas sangat nak habiskan ni. 

Aku menunaikan solat sunat kemudian aku meneruskan bacaan quran. Setelah itu, aku menggapai buku motivasi tersebut. Aku menghabiskan bacaan buku motivasi itu. Aku hanya tersenyum. Berharapkah? Entahlah. Berharap pada siapa pun aku tidak tahu. Masih ada ke kaum Adam yg boleh menerimaku? Aku bukanlah sempurna seperti wanita lain. Aku hanya insan biasa. Aku tidak pernah berharap punya seseorang yg istimewa kerana mungkin pintu hatiku sudah tertutup. Tapi kalau ALLAH SWT ingin menyempurnakan hidupku dengan hadirnya IMAM yang membantu perjalananku di atas muka bumi ini, in syaa ALLAH hati ini akan menyambutnya dengan ikhlas. 

Aku begerak untuk pulang ke rumah setelah menghuni seketika di dalam masjid Putrajaya. Pada waktu petang begini ramai mannusia yang memenuhi Putrajaya. Maklumlah tempat ini merupakan salah satu tempat yg sesuai untuk beriadah dan juga cantik.

"Assalamualaikum wbt." Tegur seseorang dr tepi.

"Waalaikum..." Terkejut aku kerana disapa oleh seorang lelaki. Lelaki ni bukan ke yang bagi buku motivasi tu? nampak lain maklumlah tak berkaca mata pula.

"Jawab salam biarlah habis baru dpt pahala penuh." Aku tersengih. Malu.

"Waalaikumussalam wbt."

"Awk buat apa kat sini?" Soal lelaki yg berada di hadapanku.

"Saya ukur beapa keluasan masjid ni. Sy jalan2 lah. Awk?"

"Saya bawa famili saya jalan2 kat sini." Aku menggangguk. Aku menoleh ke kiri dan kenan melihat keluarganya. Tiada pun. 

"Sorang?" Soal lelaki itu.

"Alhamdulillah tak ramai rombongan yang sy bawak. Hanya sorang diri. Tapi tak tahulah kalau mata kasar awk boleh nampak ramai pengikut saya. Hehe." Gurauku. Lelaki di hadapankku hanya tersengih menampakkan giginya yg putih bersih. Mesti guna kayu sugi ni, jenama Colgate kot? Eh2, org mcm die ni mesti guna Islamik sikit. Muk'min? Tapi Muk'min ade ke kayu sugi? Erm, perlu buat market survey. Eh, apelah yang aku fikir ni.

"Papa!" Laung seorang budak perempuan yang berlari2 mendapatkan lelaki yang berada di hadapanku. Terkesima aku. 

Papa? Allah, muka punya suci murni  bagai seorang teruna tapi dah kawin? Anaknya comel. Putih bersih. Rambutnya pula perang. Wah, ni mesti kes kawin dengan perempuan mat salleh. Budak perempuan itu ditemani oleh seorang wanita yang dah berumur, Maknya kot? Agak alim. Tudung labuh bukan kemain. Kalah tudung aku yg hanya sekadar tutup mana yg perlu.

"Ye, Balqis. Papa hilang sikit dah cari. Rindu ya?" Lelaki itu mendukung kanak2 yg dipanggil Balqis. Aku bersalaman dengan wanita yg berada di hadapanku. 

"Ni mak sy. Dan ni Balqis. Comel kan?"Aku mengangguk.

"Comel. Muka ada iras awk. Berapa umur?" Soalku.

"4 tahun. Mak yang ni, erm.. nama awk?" 

"Nur Idira Binti Muhd Azzam."

"Dah lama kenal dengan Afham? Maklumlah dia ni tak berkawan dengan perempuan,." Mana nak berkawan kalau dah status suami orang makcik uit. Desis hatiku. 

"Sy tak pernah kenal dia. Pernah sekali je jumpa dia.Tu pun dia yang tegur saya. Saya pun pelik. Lagi pelik tiba2 dia bagi sy buku motivasi. Sy ni kurang bermotivasi ke Afham?" Sindirku. Mentang2 dulu aku terjumpa dengan orang yg pernah aku cinta dan kawanku di mana mereka hampir menamatkan zaman bujang, kau pulak bagi aku buku motivasi tu. 

"Jangan salah anggap tentang tu. Fahamkan betul2 buku tu. Ada makna saya bagi buku tu. Ingat Allah telah memilih awak tuk terima ujian. Walau apa pun ujian yang awk terima tu, yakinlah ade hikmahnya. Allah mahu menjodohkan awk dengan insan yg sempurna buat awk. Beruntunglah kerana sekarang awk ni tak punya sesiapa yang istimewa. Jadi dapatlah awk jauhi zina. Ingat dengan zina mata, mulut, telinga dan hati mampu membinasakan seseorang manusia andai sudah berada di tahap yang parah. Bersyukurlah yang Allah memberikan awk ruang utk bersujud padaNYA, dan mendekatkan diri padaNYA." Kenapa bila Afham ni bercakap akan ade maksud yang tersendiri? Selalu buat aku tak fhm.

"Papa, Qis nak mam." Baguslah anak kau tu dah lapar. Taklah aku makin pening dengan hujah kau.

"Ya. Lepas ni kita makan ya. Mak bawa Balqis dalam kereta dulu." Setelah bersalama,  mak Afham dan Balqis berlalu.

"NI untuk awk.." Ada lagi? Wah, banyak betul buku ilmu laki ni. Untung bini kau dpt kau. Teringin nak tgk mukanya. Mesti berpurdah.

"Tapi saya dah ada." Ujarku untuk menolah pelawaan Afham yang memberikan Surah Al-Mathurat. 

"Tak salah kalau saya bagi awk. Awk boleh bawak surah ni kemana2. Dengan itu hati awk lebih tenang. InsyaALLAH kita akan bertemu lagi akan datang. Jangan dipulang buku Aku Terima Nikahnya. Kerana kisah kita belum sampai di pengakhiran lagi. DIA masih mengaturkan perjalanan buat hambaNYA. Assalamualaikum wbt."

"Waalaikumussalam wbt." Pelik. Kenapa aku rasa lain macam ni. Bukanlah aku sayang dia tapi kenapa aku rasa mcm entahlah. Sukar menafsirkan apa yang terbuku di hati ni.

No comments: