Friday, 8 February 2013

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah harini selesai buat blueberry cheese tart.. Dah beli bahan2nya cuma harini baru nk buat. Bukan bermakna bahan2 tu da beli dr tahun lepas.. hehehe..bru beli dlm minggu ni jugak.. 

Resipi ni diamik dr blog. Tak silap dr resipi Pn.Rozita kot.. Alamak lupalah.. :)

Buat dgn penuh rasa gembira. Ibarat bertemu jeng3.. Ibarat tk mkn setahun.. Cewahh sadis benor ayatnya..

Ingat nk buat second round tp sgt memilukan sbb Philadephia Cheese Cream tk cukup, Tambah kesadisan sebab untuk 4 shell terakhir tinggal ciput je..Jadi bajet2 lah.. Kalau sesiapa yg makan terlampau manis disebabkan blueberry jam, jgn lupa minum air kosong ye.. hehehe..

Secara jujur buat ni nk lah jugak merasa.. Tapi erm... tkdelah sampai tk terasa tipulah kan.. Rasa sebelah je.. Sbb perut kenyang dengan air kosong.. Hee :)

Anyway these BB cheese tart buat untuk "FAMILY" di TF, dan sendiri..


Comel Tak? Grr.. Rasanya tak tahulah nk ckp.. Kene tunggu org yg judge.. 

Saturday, 2 February 2013

Masak2

Assalamualaikum wbt.

Cuti sem ni, mmg ida tak tahu sgt nk buat ape. Selain teman abh g jog maklumlah dok umah asyik tembamkan bdn yg sedia ade, ida jugak akn masak. Ape lg yg ida buat yek? Haa ida tgk movie, preparation for my muet and the most important learn islam because i was born as islam so i need to learn it more :)

Here are some of the picture that ida sempat snap..


Ni paprik.. Dah lama sgt tk masak since belajar. Msak kt rumah sewa pun bnd yg plg simple:)


Ni pulak butter plain cake. I made it for my mom actually. but not with the cream. she doesn't like it. I just add it because next week i have to give cake to my beloved Islam family :)

These is the only picture. Ade lg msk tp mls nk ambik. kang kene perli. sikit2 update kan. aish.. privacy pun tkde. Ida jenis yg sgt mementingkan privacy. 

Ape2 pun akhir kata, belajarlah selagi boleh. kejarlah ilmu itu. Ilmu agama yg penting. Jgn terlmpau mengejar ilmu dunia sehingga leka ilmu akhirat. Lihat sahaja org zaman skrg terlampau kejar ilmu dunia sampaikan doa masuk tandas pun tk reti bace. Ilmu dunia ke yg dpt menempatkan kita ke syurga ? Mungkin kini mulut di bibir boleh menjawab tp iman di dada kelak?

Friday, 21 December 2012

N-Cinta Dari Allah Final



"Assalamualaikum mak cik, pakcik. Apa khabar?" Aku tidak memandang lelaki yang berada di hadapanku. Malu? Rasanya bukan. Tapi mungkin lebih kepada takut.

"Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah anak sampai juga ya ke sini. Ingatkan kita tak berpeluang jumpa lagi." Ujar Ayahku. Anak? Wah, abah ni memang dah betul2 anggap lelaki ni menantunya. Apalah jadi dengan nasib aku.

"Inilah anak makcik. Yang makcik cerita kat telefon hari tu." Tersentap aku. Wah, bukan main hebat mak aku. Lepas jumpa dan lelaki ni selematkan dia, terus bertukar nombor telefon. Macam orang muda pula ya.

"Oh, yeker makcik. Sejuk hqati pandangnya. Assalamualaikum wbt cik."

"Waalaikumussalam wbt." Aku memandang lelaki yang berada di hadapan. Kalau tak dipandang dikata sombong. SubhanaALLAH. Rupanya lelaki ini. Lelaki ini aku kenal. Tapi yang seorang lagi tidakku kenal.

"Siapa namanya?" Soal lelaki yang aku tidak kenali.

"Dira, Nama encik?" Soalku sekadar berbasi2. Orang Malaysia kan.

"Nama saya Darwish Afham. Dan ni abang saya Daniel Afham. Dah lama berpurdah?" Soal Darwish Afham.

"Semenjak saya datang ke Mekah ni." Ujarku.

Oh, mereka ni adik-beradik rupanya. Patutlah muka agak serupa. Kedua2nya putih bersih. Sama kacak sama tinggi ilmu dan berbudi berbahasa. Cumanya Afham yang dulu aku kenal agak pendiam. Kenapa ya? Ada masalah ke? Ataupun disebabkan kekecohan adiknya dia jadi diam. Sepanjang pertemuan hanya orang tuaku yang bercakap dengan mereka. Aku hanya gelak ketawa.

                                                                 ********************
"Macam mana Dira? Dah berkenan?" Soal ibuku sebaik sahaja aku usai solat Ishak.

"Entah. Dira malas nak fikir. Mak jelah buat keputusan. Kalau mak berkenan , mak pinang jelah Afham tu." Aku serahkan segalanya buat orang tuaku. Mungkin pilihan mereka lebih baik dari aku dan menjamin masa depanku.

"Alhamdulilah. Dira, abah nasihatkan sebaik sahaja kami pinang, kamu kene terima dengan hati yang terbuka. Jangan pula kelak kamu nak bantah." Aku termenung. Betul ke keputusan aku ni? Ya ALLAH serabutnya aku. Apa yang perlu aku buat ni.

Dia dapat ke  menyempurnakanku sebagai seorang wanita? Dapatkah dia membimbingku ke jalan syurga? Dapatkah dia mencorak kehidupanku dengan keimanan dan ketaqwaan? Dapatkah aku menjadi wanita yang sempurna untuk dia?

Sebelum azan Subuh berkumandang, aku  ke masjid bagi menunaikan solat istikharah. Ku tinggalkan nota kecil untuk beritahu pemergianku ke masjid. Mohon petunjuk pada Penciptaku, ALLAH. Moga tenangkan hati yang gundah. Mohon supaya aku dapat menerima segalanya dengan ikhlas tanpa ragu agar kelak tiada bangkitan tentang permasalahan yang akan berlaku. Setelah usai solat, ku teruskan bacaan quran. Sebaik azan Subuh berkumandang aku menunaikan solat bersama para jemaah lain yang sudah pun memenuhi ruangan masjid itu. Sungguh indah alunan bacaan quran yang dibaca imam itu sehingga menitis air mataku. Aku berharap sebaik pulang di Malaysia, aku akan menjadi lebih baik.

"Assalamualaikum wbt. Are you Dira from Malaysia?" Soal seorang jemaah wanita yang menegurku. Pelik. Bagaimana dia tahu namaku?

"Waalaikumussalam wbt. Yes, i am. May I help you?" Ujarku dengan penuh berhemah.

"Alhamdulillah. This is a letter for you. Take this. I have to go now. Assalamualaikum wbt." Dengan segera wanita itu berlalu. Belum pun sempat aku tanya daripada siapa surat ini.

Sampul yang berwarna hijau pucuk pisang itu dibuka. agar berdebar. Pelik. Kenapa ya tiba2?


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

Alhamdulillah kita bertemu lagi. Terima kasih atas segala rahmat ALLAH SWT ini.  Sejak pertama kali melihat, jujur hati ini telah terpaut pada keindahan ciptaan ALLAH SWT yang tiada tara bandingnya. Bukan keindahan wajah saudari yang dipamerkan tapi keindahan saudari menutup kesucian diri dan mempertahankan kehormatahan untuk tidak beri kami sebagai kaum ADAM melihatnya.

Wanita yang solehah bukanlah dilihat dari segi keindahan tubuh badan yang mempesonakan tapi keindahan wanita itu membaluti bentuk tubuh badan yang mempesonakan.

Wanita solehah itu bukanlah dipandang dari segi kecantikan wajah seperti bidadari, Ainul Mardhiah. Tetapi ianya dilihat dari kejernihan wajahnya dek kerana wudhu' yang menjadi penyerinya.

Wanita solehah itu  tidak dilihat dari segi kelunakan suara mempesonakan yang cuba mencairkan hati kaum ADAM tapi ianya dari sudut pertuturannya yg molek dan merendah diri.

Wanita Solehah itu bukanlah dilihat dari segi dirinya yang menjadi bahan godaan kaum ADAM, tapi ianya dinilai dari segi kekhuatiran wanita itu yang mengundang dari kaum Adam tergoda. 

Wanita solehah bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa reda dan kehambaan kepada Tuhannya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

Wanita solehah itu berhati lembut, menyenangkan dan menyejukkan bila dipandang mata serta menenteramkan hati setiap pemiliknya. Dialah wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya. Allah telah menetapkan beberapa wanita mulia sebagai penghuni surga dan penghulu (pemimpin) para bidadari.

Nabi S.A.W.  bersabda yang bermaksud " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. "

Duhai wanita solehah, Nur Idira Binti Muhd Azzam, mahukah dirimu menjadi bidadari ku dunia dan di akhirat kelak?

Tanpa ku sedari air mataku mengalir. Sungguh aku begitu terharu. Seumur hidupku, inilah pertama kali aku dilayan dengan begitu baik dan "dijaga" tanpa pengetahuanku. Aku melipat kertas itu dan memasukkan ke dalam sampulnya kembali. Mataku memandang lelaki yang berada agak tidak jauh di hadapanku. Sudah lamakah dia memerhatikanku? Dia tersenyum. Aku membalas senyumannya dalam hijabku.  

                                                               ********************



"Aku terima nikah Nur Idira Binti Muhd Azzam dengan mas kahwin senaskah al-quran."

Aku mengucapkan syukur pada Allah SWT kerana lelaki di hadapanku kini sudah sah bergelar suamiku. Suamiku mengucup lembut dahiku. Terasa amat bahagia sekali kerana akhirnya bakal ada pembimbingku. Penantian mencari cinta berakhir. Setelah banyak dugaan yang aku harus hadapi akhirnya bertemu jua pasangan yang lebih sempurna yang menjurus kepada agama. Alhamdulillah ya ALLAH. Andai ku tahu KAU telah menetapkan yang terbaik buatku, tidaklah ianya menjadi rahsia lagi. Sungguh besar rahmatmu dan kasihmu buat diriku.

Aku memberikan nota kecil.buat suamiku selepas dia mengucup lembut dahiku. Suamiku memandangku, aku hanya tersenyum. Dia membuka dan membaca di hadapanku dengan nada suara yang perlahan.

Duhai imamku, ku telah memilih dirimu, maka dengan itu jadikan aku bidadari yang tiada penggantinya. 
Jadikan diriku bidadari yang kelak menghuni syurga disampingmu dan keluargaku dan keluargamu. 
Jadikan diriku bidadari yang bahagia.
                      Syukran Daniel  Afham


Daniel Afham mengangguk. Rupanya barulah ku sedari bahawa Daniel tidak pernah berkahwin. Balqis itu merupakan anak Darwish Afham. Mereka memang rapat.

"I know you even you're in purdah in Mecca. Because I know that Allah SWT created you only for me. I have been looking for you for a long time. Tq for coming in my life." Itulah kata2 yang pernah dilafazkan Daniel Afham sehari sebelum pernikahan.

Moga pernikahan ini mendapat rahmat ALLAH SWT. Moga kami menjadi pasangan yg kekal bahagia dan berjaya menahan dan mempertahankan segala fitnah dunia. InsyaALLAH, Amin.

                                                                           SEKIAN

Thursday, 20 December 2012

N- Cinta Dari Allah Part 5


"Bila kamu nak menikah? Kawan kamu tu semua dah kawin. Kawan baik kamu tu Ain minggu depan dah nak kawin. Yang kamu ni masih dok terkial2 kat rumah. Kamu ingat kamu ni Ainul Mardhiah kat syurga tu? menunggu seorang lelaki yang sudah ditetapkan buat dirinya? Kamu nk tunggu mak tetapkan ke?" Soal ibuku. Aku terpinga2. Kahwin? Calon pun takde. Masakan nak kawin. Ingat perkara kahwin ni boleh buat main2 ke? Andai tersalah pilih, jahanamanlah aku.

"Mak, Dira memang takde sape2. Macam mane Dira nak kahwin? Alah, kawan Dira mmg dh sampai seru, sebab tu dorang kawin. Tapi Allah masih belum tetapkan lelaki sesuai lagi untuk Dira." Jawabku mahu menang.

"Kamu memilih. Jangan nak menipu. Mengada betul. Mak tak kira. Kali ni siapa yang masuk minang, mak mmg akan terima. Mak mmg nekad. Abah pun dah nekad. " Bulat biji mata aku mendengar kata2 ibuku. Seriusly? What should I Do? Ya Allah tolonglah bantu hambaMU ini, Tolong hadiahkan lelaki yang baik buat aku dalam masa seminggu ni. Drpd kawin dgn org yg aku tak kenal.


                                                                           **********
"Tahniah Mira. Semoga korang berkekalan. Aku gembira sangat korang dah kawin ni." Ucapku buat Ain. Ain kelihatan sangat cantik. Dia mengenakan busana berwarna biru lembut. Sesuai dengan dirinya. Majlis pernikahan yang berkonsepkan At The Beach sungguh mempesonakan. Biasanya orang suka buat Garden. Kali ni pasangan ini menampilkan tema yang agak berbeza.

" Saya patut berterima kasih kat awak. Sebab kalau saya tak kenal awk, tak mungkin saya dapat kenal dengan wanita yang cukup sempurna buat saya." Terkedu aku. Erm, ya. Disebabkan aku ke? Mungkin ya. Sempurna sungguh pasangan di hadapanku ni. Pasangan yang saling melengkapi. Indahnya aturan Allah itu. Aku tersenyum. 

"Kau bila lagi? Tipu kalau takde." Sakat Ain.

"Eh, aku mane ade lagilah. Jauh lagi perjalanan hidup ni. Hehe. Target aku nak bawak mak ayah aku ke Mekah belum sempurna lagi. Bila dah selesai baru aku akan sahut seruan Allah tu." Ujarku jujur.

"Yeker? Kalau gitu, jangan lupa jemput." Aku hanya mengangguk dengan kata2 Adam.

"Bilamana cinta memanggilmu, dirimu tidak akan dapat menolak meskipun dirimu cuba menepis. Cinta itu sangat hebat dan agung. Cinta itu sangat mulia. Allah mencampakkan rasa cinta dan sayang hanya sebahagian kecil sahaja di dunia ini dan selebihnya adalah milikNYA. Betapa sayangnya ALLAH pada kita meskipun kita tidak menyintaiNYA setulus hati. Sayangnya ALLAH pada kita kerana DIA sentiasa menunaikan permintaan kita. Tidak pernah sekalipun DIA merampas hak pernafasan walau sesaat. Andai kita leka, diberiNYA ujian agar kita mengingatiNYA agar Kita MenyayanyiNYA kembali. Cinta? Ada dalam hatimu. Selamilah. Cinta dalam hatimu itu sangat agung buat penciptaMU, ALLAH. Cintamu buat Rasul begitu ikhlas. Cinta dalam hatimu sangat tulus buat keluargamu. Cinta dalam hatimu sangat menguntungkan sahabatmu. Dan cinta dalam hatimu bagi kehadiran lelaki sebagai seorang suami sangat menenangkan."

Aku tersenyum apabila mendapat nota kecil yang terdapat dalam Surat Al-Mathurat. Pandai berkata2. Bertuah isterinya. Pasti hari2 yang dilalui indah bersama suami dan anak tercinta. Moga mereka berbahagia.

                                                                     **********
"Boleh mak nak Dira kahwin. Tapi Kita ke Mekah dulu. Dira dah janji nak bawa mak dengan abah ke Mekah. Ini impian Dira. Dira ikut kata mak. Dan mak kene ikut Dira. Kita ke Mekah bukan saja2 mak abah." Ayahku hanya mengangguk. Bersetuju dengan cadanganku.

Kali ni aku sudah tidak kisah. Siapa suamiku aku terima seadanya. Baik buruknya dialah akan jadi suamiku. Pilihan orang tuaku pasti akan aku terima. Setiap apa yang ALLAH tetapkan pasti ada kebaikan buat diriku.

Kini aku sudah pun berasa di tanah suci MEKAH. Aku bersyukur pada rahmatNYA kerana diberi peluang untuk aku menjejakkan kaki ke tanah suci ini. Tanah yang bergitu bersejarah dalam dunia Islam. Tanah yang diduduki Rasulullah SAW. Sejak ke sini hatiku makin tenang. Aku hanya fokus dengan apa yang perlu ku persembahkan pada ALLAH. Urusan dunia jatuh pada tempat paling akhir. Maha Suci Allah, moga perasaan ini ditetapkan selalu dalam sanubari ini.

"Dira, alhamdulillah tadi mak hampir kene tipu dengan seorang peniaga. Tapi mujurlah ada seorang lelaki yang bantu. Ada abah kamu pun tak membantu. Dia pun mcm mak. Sama nak kene tipu. Alhamdulillah bersyukur. Kalau tidak mesti melayang byk duit mak. " Ni mesti kes penaga tetap harga melebihi batasan sedangkan harganya sangat murah. Aku hanya tersengih.

"Baik budaknya Dira. Putih bersih mukanya. Tenang hati abah. Nak marah pun tak jadi kalau dia buat jahat." Tambah ayahku. Aku pelik. Ape kene-mengena?

"Alhamdulillah yang penting sekarang dah berubah jadi normal kan. Jadi lupakan lelaki tu. Kita doakan Allah balas budinya."

"Mana boleh lupa. Dia lelaki Malaysia. Mak dengan abah nak jumpa dia lagi. Nak belanja dia sebagai tanda terima kasih." Tegas ibuku.

"Suka hati maklah." Ujarku malas mahu berperang manja dengan ibu kesayangan.

"Dia sesuai dengan kamu. Kami dah berbual2 tadi. Tinggi ilmunya. Dapatlah dia jaga kamu dengan baik. Nanti bia mak risik dia ya Dira."

"Mak, janganlah sampai kemaruk gitu. Tak baik." Ujarku.

"Amalan ni mulialah Dira. Jangan lupa apa yang kamu janji dengan mak masa kat Malaysia? Mesti tunaikan. Muktamad.!" Aku terkesima. Mahu atau tidak, aku mesti tunaikan. Itu janjiku. Tapi bagaimana harus aku tunaikan? Sedangkan hatini seperti sudah terpaut pada seseorang. Aku mengeluh.




Monday, 17 December 2012

Betul Ke? In Syaa ALLAH

Assalamualaikum wbt.

Lps upload gmb kat FB semua org tertya2 betul ke? Betul ke? Saya tak confirm berterusan tp in Syaa ALLAH. Klu janji akn berterusan tp dapat tentangan dr pihak terdekat risau tk dpt nk adapt. Tp in Syaa ALLAH dgn izin ALLAH. Walau ape pun terjadi pasti ade hikmahnya, Sesuhngguh janji ALLAH itu amat pasti bukan? 

Katakanlah. "Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan perdagangan yang kamu khuatirkan kerugian, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari ALLAH dan Rasul-NYA serta berjihad di  jalan-NYA, maka tunggulah sampai ALLAH memberikan keputusan-NYA. Dan ALLAH tidak memberi petunjuk pada orang yang fasik.
(Surat Taubah Ayat 24)

Berbalik pada ayat di atas, saya nk tanye kalian. Apa yang kalian cari ? Apa yng kalian mahukan? Apa yang kalian utamakan? Janganlah melebihi batasan atas apa yg dibuat dlm kehidupan itu :)




Friday, 14 December 2012

Wed's Snap.

Assalamualaikum WBT. Another memories with them :)
Tq for the great memories :) 




Ni time bufday kak wani :) 







  Ni ms mlm dinner BBQ kami :)







Tq Kak Su :)








Muka kemarahan Syawal yg tlampau lama senyum tp gmb tk amk2.. hdeheh 









With class mate. Dinner yg simple :)







With My sister 







Ni Ms wedding abg long a.k.a ashraf. Time ni jadi pengapitnya. Baju kuning tu sponsor ya :) TQ








Ni dgn pengapit laki. Adham



So ni je yg dpt update untuk hari ni. Saja buat kenangan kat Blog mane tau tbe2 laptop kene virus habis gamba :)

Salam dari saya JANNATUL AISYA
Assalamualaikum wbt

Saturday, 8 December 2012

N- Cinta Dari Allah Part 4


Aku melihat buku AKU TERIMA NIKAHNYA. Hanya tinggal 1 bab sahaja lagi yg perlu aku habiskan. Memang tebal. Sudahlah aku tak minat membaca. Tapi disebabkan isinya menarik perhatian, jadi setiap hari aku akan pastikan aku akan baca 1 atau 3 bab jika tiada apa2 halangan. 1 bab sahaja lagi tapi kenapalah aku malas sangat nak habiskan ni. 

Aku menunaikan solat sunat kemudian aku meneruskan bacaan quran. Setelah itu, aku menggapai buku motivasi tersebut. Aku menghabiskan bacaan buku motivasi itu. Aku hanya tersenyum. Berharapkah? Entahlah. Berharap pada siapa pun aku tidak tahu. Masih ada ke kaum Adam yg boleh menerimaku? Aku bukanlah sempurna seperti wanita lain. Aku hanya insan biasa. Aku tidak pernah berharap punya seseorang yg istimewa kerana mungkin pintu hatiku sudah tertutup. Tapi kalau ALLAH SWT ingin menyempurnakan hidupku dengan hadirnya IMAM yang membantu perjalananku di atas muka bumi ini, in syaa ALLAH hati ini akan menyambutnya dengan ikhlas. 

Aku begerak untuk pulang ke rumah setelah menghuni seketika di dalam masjid Putrajaya. Pada waktu petang begini ramai mannusia yang memenuhi Putrajaya. Maklumlah tempat ini merupakan salah satu tempat yg sesuai untuk beriadah dan juga cantik.

"Assalamualaikum wbt." Tegur seseorang dr tepi.

"Waalaikum..." Terkejut aku kerana disapa oleh seorang lelaki. Lelaki ni bukan ke yang bagi buku motivasi tu? nampak lain maklumlah tak berkaca mata pula.

"Jawab salam biarlah habis baru dpt pahala penuh." Aku tersengih. Malu.

"Waalaikumussalam wbt."

"Awk buat apa kat sini?" Soal lelaki yg berada di hadapanku.

"Saya ukur beapa keluasan masjid ni. Sy jalan2 lah. Awk?"

"Saya bawa famili saya jalan2 kat sini." Aku menggangguk. Aku menoleh ke kiri dan kenan melihat keluarganya. Tiada pun. 

"Sorang?" Soal lelaki itu.

"Alhamdulillah tak ramai rombongan yang sy bawak. Hanya sorang diri. Tapi tak tahulah kalau mata kasar awk boleh nampak ramai pengikut saya. Hehe." Gurauku. Lelaki di hadapankku hanya tersengih menampakkan giginya yg putih bersih. Mesti guna kayu sugi ni, jenama Colgate kot? Eh2, org mcm die ni mesti guna Islamik sikit. Muk'min? Tapi Muk'min ade ke kayu sugi? Erm, perlu buat market survey. Eh, apelah yang aku fikir ni.

"Papa!" Laung seorang budak perempuan yang berlari2 mendapatkan lelaki yang berada di hadapanku. Terkesima aku. 

Papa? Allah, muka punya suci murni  bagai seorang teruna tapi dah kawin? Anaknya comel. Putih bersih. Rambutnya pula perang. Wah, ni mesti kes kawin dengan perempuan mat salleh. Budak perempuan itu ditemani oleh seorang wanita yang dah berumur, Maknya kot? Agak alim. Tudung labuh bukan kemain. Kalah tudung aku yg hanya sekadar tutup mana yg perlu.

"Ye, Balqis. Papa hilang sikit dah cari. Rindu ya?" Lelaki itu mendukung kanak2 yg dipanggil Balqis. Aku bersalaman dengan wanita yg berada di hadapanku. 

"Ni mak sy. Dan ni Balqis. Comel kan?"Aku mengangguk.

"Comel. Muka ada iras awk. Berapa umur?" Soalku.

"4 tahun. Mak yang ni, erm.. nama awk?" 

"Nur Idira Binti Muhd Azzam."

"Dah lama kenal dengan Afham? Maklumlah dia ni tak berkawan dengan perempuan,." Mana nak berkawan kalau dah status suami orang makcik uit. Desis hatiku. 

"Sy tak pernah kenal dia. Pernah sekali je jumpa dia.Tu pun dia yang tegur saya. Saya pun pelik. Lagi pelik tiba2 dia bagi sy buku motivasi. Sy ni kurang bermotivasi ke Afham?" Sindirku. Mentang2 dulu aku terjumpa dengan orang yg pernah aku cinta dan kawanku di mana mereka hampir menamatkan zaman bujang, kau pulak bagi aku buku motivasi tu. 

"Jangan salah anggap tentang tu. Fahamkan betul2 buku tu. Ada makna saya bagi buku tu. Ingat Allah telah memilih awak tuk terima ujian. Walau apa pun ujian yang awk terima tu, yakinlah ade hikmahnya. Allah mahu menjodohkan awk dengan insan yg sempurna buat awk. Beruntunglah kerana sekarang awk ni tak punya sesiapa yang istimewa. Jadi dapatlah awk jauhi zina. Ingat dengan zina mata, mulut, telinga dan hati mampu membinasakan seseorang manusia andai sudah berada di tahap yang parah. Bersyukurlah yang Allah memberikan awk ruang utk bersujud padaNYA, dan mendekatkan diri padaNYA." Kenapa bila Afham ni bercakap akan ade maksud yang tersendiri? Selalu buat aku tak fhm.

"Papa, Qis nak mam." Baguslah anak kau tu dah lapar. Taklah aku makin pening dengan hujah kau.

"Ya. Lepas ni kita makan ya. Mak bawa Balqis dalam kereta dulu." Setelah bersalama,  mak Afham dan Balqis berlalu.

"NI untuk awk.." Ada lagi? Wah, banyak betul buku ilmu laki ni. Untung bini kau dpt kau. Teringin nak tgk mukanya. Mesti berpurdah.

"Tapi saya dah ada." Ujarku untuk menolah pelawaan Afham yang memberikan Surah Al-Mathurat. 

"Tak salah kalau saya bagi awk. Awk boleh bawak surah ni kemana2. Dengan itu hati awk lebih tenang. InsyaALLAH kita akan bertemu lagi akan datang. Jangan dipulang buku Aku Terima Nikahnya. Kerana kisah kita belum sampai di pengakhiran lagi. DIA masih mengaturkan perjalanan buat hambaNYA. Assalamualaikum wbt."

"Waalaikumussalam wbt." Pelik. Kenapa aku rasa lain macam ni. Bukanlah aku sayang dia tapi kenapa aku rasa mcm entahlah. Sukar menafsirkan apa yang terbuku di hati ni.