"Bila kamu nak menikah? Kawan kamu tu semua dah kawin. Kawan baik kamu tu Ain minggu depan dah nak kawin. Yang kamu ni masih dok terkial2 kat rumah. Kamu ingat kamu ni Ainul Mardhiah kat syurga tu? menunggu seorang lelaki yang sudah ditetapkan buat dirinya? Kamu nk tunggu mak tetapkan ke?" Soal ibuku. Aku terpinga2. Kahwin? Calon pun takde. Masakan nak kawin. Ingat perkara kahwin ni boleh buat main2 ke? Andai tersalah pilih, jahanamanlah aku.
"Mak, Dira memang takde sape2. Macam mane Dira nak kahwin? Alah, kawan Dira mmg dh sampai seru, sebab tu dorang kawin. Tapi Allah masih belum tetapkan lelaki sesuai lagi untuk Dira." Jawabku mahu menang.
"Kamu memilih. Jangan nak menipu. Mengada betul. Mak tak kira. Kali ni siapa yang masuk minang, mak mmg akan terima. Mak mmg nekad. Abah pun dah nekad. " Bulat biji mata aku mendengar kata2 ibuku. Seriusly? What should I Do? Ya Allah tolonglah bantu hambaMU ini, Tolong hadiahkan lelaki yang baik buat aku dalam masa seminggu ni. Drpd kawin dgn org yg aku tak kenal.
**********
"Tahniah Mira. Semoga korang berkekalan. Aku gembira sangat korang dah kawin ni." Ucapku buat Ain. Ain kelihatan sangat cantik. Dia mengenakan busana berwarna biru lembut. Sesuai dengan dirinya. Majlis pernikahan yang berkonsepkan At The Beach sungguh mempesonakan. Biasanya orang suka buat Garden. Kali ni pasangan ini menampilkan tema yang agak berbeza.
" Saya patut berterima kasih kat awak. Sebab kalau saya tak kenal awk, tak mungkin saya dapat kenal dengan wanita yang cukup sempurna buat saya." Terkedu aku. Erm, ya. Disebabkan aku ke? Mungkin ya. Sempurna sungguh pasangan di hadapanku ni. Pasangan yang saling melengkapi. Indahnya aturan Allah itu. Aku tersenyum.
"Kau bila lagi? Tipu kalau takde." Sakat Ain.
"Eh, aku mane ade lagilah. Jauh lagi perjalanan hidup ni. Hehe. Target aku nak bawak mak ayah aku ke Mekah belum sempurna lagi. Bila dah selesai baru aku akan sahut seruan Allah tu." Ujarku jujur.
"Yeker? Kalau gitu, jangan lupa jemput." Aku hanya mengangguk dengan kata2 Adam.
"Bilamana cinta memanggilmu, dirimu tidak akan dapat menolak meskipun dirimu cuba menepis. Cinta itu sangat hebat dan agung. Cinta itu sangat mulia. Allah mencampakkan rasa cinta dan sayang hanya sebahagian kecil sahaja di dunia ini dan selebihnya adalah milikNYA. Betapa sayangnya ALLAH pada kita meskipun kita tidak menyintaiNYA setulus hati. Sayangnya ALLAH pada kita kerana DIA sentiasa menunaikan permintaan kita. Tidak pernah sekalipun DIA merampas hak pernafasan walau sesaat. Andai kita leka, diberiNYA ujian agar kita mengingatiNYA agar Kita MenyayanyiNYA kembali. Cinta? Ada dalam hatimu. Selamilah. Cinta dalam hatimu itu sangat agung buat penciptaMU, ALLAH. Cintamu buat Rasul begitu ikhlas. Cinta dalam hatimu sangat tulus buat keluargamu. Cinta dalam hatimu sangat menguntungkan sahabatmu. Dan cinta dalam hatimu bagi kehadiran lelaki sebagai seorang suami sangat menenangkan."
Aku tersenyum apabila mendapat nota kecil yang terdapat dalam Surat Al-Mathurat. Pandai berkata2. Bertuah isterinya. Pasti hari2 yang dilalui indah bersama suami dan anak tercinta. Moga mereka berbahagia.
**********
"Boleh mak nak Dira kahwin. Tapi Kita ke Mekah dulu. Dira dah janji nak bawa mak dengan abah ke Mekah. Ini impian Dira. Dira ikut kata mak. Dan mak kene ikut Dira. Kita ke Mekah bukan saja2 mak abah." Ayahku hanya mengangguk. Bersetuju dengan cadanganku.
Kali ni aku sudah tidak kisah. Siapa suamiku aku terima seadanya. Baik buruknya dialah akan jadi suamiku. Pilihan orang tuaku pasti akan aku terima. Setiap apa yang ALLAH tetapkan pasti ada kebaikan buat diriku.
Kini aku sudah pun berasa di tanah suci MEKAH. Aku bersyukur pada rahmatNYA kerana diberi peluang untuk aku menjejakkan kaki ke tanah suci ini. Tanah yang bergitu bersejarah dalam dunia Islam. Tanah yang diduduki Rasulullah SAW. Sejak ke sini hatiku makin tenang. Aku hanya fokus dengan apa yang perlu ku persembahkan pada ALLAH. Urusan dunia jatuh pada tempat paling akhir. Maha Suci Allah, moga perasaan ini ditetapkan selalu dalam sanubari ini.
"Dira, alhamdulillah tadi mak hampir kene tipu dengan seorang peniaga. Tapi mujurlah ada seorang lelaki yang bantu. Ada abah kamu pun tak membantu. Dia pun mcm mak. Sama nak kene tipu. Alhamdulillah bersyukur. Kalau tidak mesti melayang byk duit mak. " Ni mesti kes penaga tetap harga melebihi batasan sedangkan harganya sangat murah. Aku hanya tersengih.
"Baik budaknya Dira. Putih bersih mukanya. Tenang hati abah. Nak marah pun tak jadi kalau dia buat jahat." Tambah ayahku. Aku pelik. Ape kene-mengena?
"Alhamdulillah yang penting sekarang dah berubah jadi normal kan. Jadi lupakan lelaki tu. Kita doakan Allah balas budinya."
"Mana boleh lupa. Dia lelaki Malaysia. Mak dengan abah nak jumpa dia lagi. Nak belanja dia sebagai tanda terima kasih." Tegas ibuku.
"Suka hati maklah." Ujarku malas mahu berperang manja dengan ibu kesayangan.
"Dia sesuai dengan kamu. Kami dah berbual2 tadi. Tinggi ilmunya. Dapatlah dia jaga kamu dengan baik. Nanti bia mak risik dia ya Dira."
"Mak, janganlah sampai kemaruk gitu. Tak baik." Ujarku.
"Amalan ni mulialah Dira. Jangan lupa apa yang kamu janji dengan mak masa kat Malaysia? Mesti tunaikan. Muktamad.!" Aku terkesima. Mahu atau tidak, aku mesti tunaikan. Itu janjiku. Tapi bagaimana harus aku tunaikan? Sedangkan hatini seperti sudah terpaut pada seseorang. Aku mengeluh.

No comments:
Post a Comment