Macho? Huh, macholah sangat. Poyo adalah aku tgk. Dahlah gaya mcm orang berlagak ada jawatn tinggi. Konon! Ada jugak manusia yg Allah jadikan gitu ek? Kacak tu? Erm, mungkinlah kot. Sbbnya muka die persis Adam. Apa agknya khabar Adam? Sudah 2tahun berlalu. Kali terakhir aku tengok profile die kat FB. Dia bergambar mesra dengan kawan baikku. Erm, mereka bahagia.
"Alamak Dira, kredit aku dah habis. Aku kene inform Tuan Mukhriz yg pasal lawatan kita tu kat dia. Dia nak tahu. Boleh kau tolong mesej dia? Aku nk kuar. please ye. Aku bg nombor dia kat kau ye?" Sengih Arifah.
Huh? Aku? Mesej Si Mamalia tu? Apa hal pulak? Tak ada keje ape? Dahlah aku anti laki. anti Mamalia. Nak suruh aku pulak. Gila. Satu kelas tahu aku ni anti laki. Hai gasak aku. tulah kdg2 ganas sangat. Terpaksa aku mengiakan.
Mesej dengan si Mamalia ni banyak tanya betul. Cukuplah sekadar aku berterus terang berapa orang yg pergi lawatan tu, berapa kosnya, kat mana kami menginap dan aktiviti nya dlm satu mesej. Boleh pulak die tanye aku ni sapa. Konon tk nak bg fail yg aku mintak klu aku tk bgtahu siapa aku. Perlu ke?? Hampeh, Kenelah kenalkan diri aku jugak. Pulak, nak bg fail tu sekarang? Gila. Dahlah si Arifah tkda. akulah kene datang.
Aku menunggu Mamalia di depan kedai buku. Manalah dia tak datang2. Janji lg 5 minit. dasar janji Melayu yang tak boleh pakai. Kalau dah mamalia tu, tak kemana jugak. Bunyi motor membuatkan aku berhenti mengumpat. Kelihatan dia dengan topinya. Konon, macholah tu. Huh!
" Maaflah, abang td dengan kawan abg gi makan. Maaflah ya. Abang bukan sengaja nak lambat pun. Dah lama ke kamu tunggu ni?" Serba salah terpamer di wajah Tuan Mukhriz.
"Eh2, takpe. sy pun baru je sampai TUAN MUKHRIZ. Adalah dalam 15 minit. Ala, kejap je. Kalau buang air besar tu dah siap basuh pun." Perliku dalam nada yang serius.
" Eh2, kamu perli abang ke? Maaflah. Abang tak tahu nak buat ape. Oh ye fail tu ni ha. kenapa abg tk pernah perasan kamu ye?
"Mana nak nampak klu dah ramai junior. Lagipun Tuan kan diminati ramai. maklumlah orang handsome. Sampaikan lelaki sendiri jeles tau."
" Yeker ? Abg handsome ke? Abg biasa je. Ada lagi handsome. Cuma mungkin ade sekikit macho mcm org selalu cakap kat abang. Tapi, bukankah semua ciptaan Allah tu indah. Kamu pun ada keistimewaan yang tak ternampak dek orang tp akan terserlah bagi sesiapa yang menelitinya." Senyumannya membuatkan hati aku gila. Menggila mcm puting beliung. Tak boleh jadi ni.
Dengan pantas aku meminta berlalu untuk pulang. Makin lama aku kat sini makin kuat skala ritcher gempa bumi. Entah macam mana tersilap langkah aku. Jalan macam itik. Sebaik sahaja aku berpusing, aku terlanggar dinding. Suasana sepi seketika.
" Err... Kamu okay tak?"
" Tak, saya okay je. Ala benda kecik ni. Dinding ni lembut sebenarnya ya, kalau kita hayati. Hehehe.. Jangan risau dah biasa dengan dinding ni. Kami memang kawan baik dr kecik lagi. " Aku terus berlari2 sambil memegang kepala. Sakitnya hanya ALLAH yang tahu. Malunya tak terkata.
Selepas beberapa bulan, jujur aku memang tidak betul. Hubungan kami mmg rapat. Tapi taklah rapat mana. Macam vanila dengan kon? Erm, jadi apa kena mengena kat situ??? Cuma dia selalu tanye sama ada aku okey ke tak belajar sini. Tapi perubahan sikap aku ni memang hebat sampaikan kawan aku pun perasan. Nak tak nak terpaksalah aku bgtau apa yang berkeladak kt dlm hati aku.
" Dira, seriusly, kau kene luah. Kau nak benda dulu jadi lg ke? Dulu kau tk fully ckp kat Adam psl perasaan kau kan. Kali ni tlglah buat. Sebab aku tknk tgk kau sedih2 lagi. Sampai nk kene pangkah lelaki. Tolonglah. Jangan risau apa jawapan dia. Yang penting, just luahkan so kau tenang." Nasihat kawanku Linda. Mungkin betul jugak kot.
Assalamualaikum wbt. Abg sy cuma nk bgathu satu benda je. Saya tak minta apa2 pun feedback dr abg. Sy just nk tenangkan hati sy. Saya sygkan abang lebih dr seorang abang. Sy tak tahu mcm mana boleh jadi mcm ni. Sy tak suka abg pun mula2 tu tp seriusly perasaan gila tu datang. Sy dah cuba untuk tepis2 tapi dia datang lagi. Bila saya lari dia mcm halimunan datang. Sy tk minta abg balas balik sy cuma nk luah je. Jangan ckp ape2. Sy tak mintak. Sy cuma nk kelegaannya. Abg tu ramai yg minat. So I'm pretty sure ade ramai lagi yg abg suka. Sy bgtahu perasaan ni sbb sy taknk perkaa kedua jadi balik. Dan apa yg pling penting, semoga dengan apa yg sy luah lepas ni sy akan lepaskan segala2nya dan tenang. Jangan bgtahu sape2. Padam mesej ni tau. Hahaha.. Alhamdulillah aku lega. SEND.
Lega hatiku. Wah.. Benar kata Linda hati aku akan lega. Tak lama kemudian mesej masuk.
Walaikumussalam wbt. Jujur ke? Erm, abg tak tahu nak ckp ape. Cumanya, abg sayang kamu jugak. Tapi biarlah kita gini ya. Biarlah Allah yg tetapkan hubungan kita. Biarlah Allah yg rancang perjalanan kita. Andai benar kamu untuk abang, insyaAllah abang akan datang cari kamu. Andai tak terima dengan redha. Terima kasih sbb luahkan perasaan tu dekat abang. Biarlah kita berjaya dulu.
Aku tersenyum melihat mesej itu. Aku tak minta kita dijodohkan bersama sbb aku tahu, kau lelaki yang soleh. Kau bukan untuk aku. Kau layak dengan seorang wanita yang bergelar solehah. Moga kau menemui cinta itu. Aku sentiasa mendoakan kau sepertimana aku pernah mendoakan Adam suatu ketika dulu yang akhirnya jadi milik Ain.
Cinta itu bukan milikku. Ya Allah, tetapkan cintaMU buat diriku. Bimbinglah aku ke arh menemui cintaMU yang Allah. Cinta drMU terlampau suci dan agung. Cukuplah hanya cintaMU yang ingin ku dambakan. Kerana ku tahu hanya cinta kau yang berkekalan. Aku tanpa cintaMu akan lemah. InsyaAllah, cinta itu pasti hadir jika masanya sudah tiba.
Salam dr saya, Jannatul Aisya.
.jpg)
2 comments:
ending unpredictable..
ingtkan Idira ngn Tuan 'M'.
pssst : betul ke encem Tuan 'M'?
hahahha...erm.. bukan.. Tusn Mukhriz tkde ape2..jang2.. skdar adventrooosss
Post a Comment